Friday, June 19, 2009

Ambil Ikhtibar....

Walaupun Abg Din hanya pemandu lori tapi Abg Din dapat juga kadang-kadang cerita dari pelanggan. Salah seorang staff perempuan pelanggan Abg Din ada mengadu cerita dia terkena....

Alkisah terjadi....bila dia bercerita dengan Abg Din yg dia ada berkenalan dengan seseorang dari UK melalui Laman Sembang. Orang UK tu tentulah lelaki ye....
Perkenalan telah berlangsung selama kurang lebih 3 bulan. Mengikut cerita, mereka sudah saling mencurahkan isi hati masing-masing...sehingga si lelaki ingin datang ke Malaysia utk menemuinya.

Lelaki ini kononnya adalah seorang duda beranak satu dan anaknya(seorang perempuan) turut bercakap melalui talian telefon, mungkin bertujuan utk meyakinkan mangsanya!

Selanjutnya...sebagai tanda perkenalan, si lelaki ini memberikan hadiah melalui pos. Untuk meyakinkan perempuan tersebut, si lelaki ini telah memberikan segala maklumat penghantaran barangan itu. Maka, perempuan tersebut boleh mengetahui 'track record' barangan tersebut di internet. Mulanya dari UK ke Dubai...Dubai ke Labuan, Sabah...setibanya di Labuan, Sabah terjadilah cerita....

Kononnya, hadiah tersebut telah ditahan oleh pihak Kastam kerana tidak mengikut undang-undang kastam. Jadi untuk menebusnya...si penerima perlu membayar sejumlah wang (hampir RM 4,000.00). Di pendekkan cerita, kerana kasih dan terpedaya....bayaran pun dibuat melalui internet bank-in kpd akaun individu bukannya pihak kastam. Setelah segala urusan pembayaran selesai, perempuan itu cuba menghubungi lelaki tersebut....tapi sayang seribu kali sayang, lelaki itu telah HILANG...!!!!

'Tipah tertipu bang'..... ini true story bukan dongeng....berhati-hatilah kpd penipu moden.

Beginilah kiranya......

Inilah hadiah umpanan.... 8,000.00 pounds, laptop & camera.
Pounds tu kalau di convert ke RM...berapa agaknya ?
Itu yg giler sekejap.... apa la sangat RM 4,000.00 ?

Hurmmm.....?


6 comments:

AiE bAhRi said...

Semoga kita sama2 mengambil iktibar.Sekarang penipu byk taktik. Hati!

kuIna said...

jadikn teladan...

sy jgk penh berkenalan dgn seorng warga afrika yg belajr kat sini.. selalu chat kat tenet, suatu hr dia call minta tlong pinjam duit sbb family dia tak smpat nak hantr duit kat dia.. cehh soryy la.. drama mcm tu byk kat tenet.

Abg Din said...

to aie: trick mcm silapmata... klu tak betul2 hanyut.

to kuina : nasib baik pandai.

Anonymous said...

hai yg bagusnya jgn deal ape2 ngan org yg x bape dikenali samada mel tel ke ternet.chat ok r tp benda yg melibatkan duit jgn layan

kenari said...

Salam Abg Din...tima kasih krn share citer ni sbg peringatan kpd smua.

Abg Din said...

to E: betul tu.

to kenari: ya! ya! ingat ya jangan lupa....