Tuesday, June 30, 2009

6 Bulan sekali selepas 2 tahun.

Salam....
Maaflah Abg Din agak sibuk kebelakangan ini. Terima kasih kpd yg sudi menziarahi blog abg din... Sejak hari sabtu lalu abgdin sibuk mengemaskinikan lori untuk di hantar ke PUSPAKOM. Bukan fail je kena kemaskini.... lori tu macam fail juga la kan... Pemeriksaan Puspakom hendaklah dilakukan setiap 6 bulan sekali, kecuali lori yg baru...pemeriksaan hanya dilakukan setahun sekali dalam tempoh 2 tahun.



Langkah pertama.... periksa keadaan lori..

Cuci lori dan enjin sekali...


Pastikan tayar berbunga-bunga......... he he he


Kuda belang merah putih, merah kuning serta tanda hadlaju dlm keadaan memuaskan....


Abgdin dtg seawal pagi utk mendapatkan giliran awal... bebaris...... dikenakan bayaran Rm55
sekali pemeriksaan dan tambahan rm25 utk kali kedua jika GAGAL.


Permulaan no. enjin akan diperiksa... mengikut no. yg didaftarkan di geran.


Melalui pemeriksaan asap.....


Brek hadapan......


Brek belakang...... makan nasik ke tak?


Periksa di bawah lori pula.......

Berakhirlah proses pemeriksaan....nampak mudah..memang mudah... menunggu giliran tu yg mengambil masa agak lama, itu belum komputer rosak..... Malaysialah katakan.....


Inilah hasilnya.. lepas 6 bulan nanti kita jumpa lagiiiii.....

Ponn..ponnnnnnnn...!!!!!!!!!

Thursday, June 25, 2009

Terima Kasih....Tanpa Nama

Ribuan terima kasih Abg Din ucapkan kepada penama blog ini TANPA NAMA.....


Penghargaan darinya yang membuatkan Abg Din bersemangat untuk terus menuliskan catatan harian sebagai pemandu lori.... Abg Din rasa terharu kerana ada yg meminati titipan dari Abg Din..... Insyallah, Abg Din akan terus berkongsi cerita dengan anda semua.

Award dari Tanpa Nama

Kepada semua followers dan silent readers Abg Din, TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa membaca cerita serta bebelan Abg Din..... Blog ini menjadi wadah untuk kita semua berkongsi cerita......

Ingat LORI...Ingatlah Abg Din...ponnn ponnnnnn!!!!

Anak Bukit bergerak...

Cuba tengok bukit di sebelah kanan gambar....mengapa jadi begitu ? Adakah ia melanggar peraturan kerana mengisi barang sampai membukit....? Atau memang tidak menjadi kesalahan...atau memang suka-suka... ?

Oh tidak....memanglah SALAH....kerana mengisi barang lebih dari pagar yg telah dihadkan. Kenapa mereka melanggar peraturan......mengapa begini jadinya ?

(barang lebih panjang drpd lori)

Itulah perkaranya, sedar tak sedar...ianya tetap akan dilakukan. Beginilah cara bagi pemandu lori seperti kami untuk mendapat duit lebih sedikit, jika mengikut undang-undang sudah pasti pendapatan hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. Takkan nak pakai baju pasar malam aje...beli baju kameja di supermarket harga RM25 pun dah mahal. Teringin juga pakai baju berjenama sedikit...seperti Polo ke.....pilihan kebanyakkan orang skrg. Ada nampak kuda besar, cantik......! Timberland ke....Bonia ke...jauh sekali.

Kita sebagai manusia, ada naluri untuk memiliki sesuatu yang baru...yang cantik selain menyara keluarga dengan selesa.
Pergi balik kerja, dah tentu naik motor...jimat kos.

Kereta lama untuk keluarga, sampai bila.....?


Setidak-tidaknya...kereta baru sedikit utk keselesaan keluarga yg semakin berkembang.

Luahan ku sebagai pemandu lori..... pon ponnnnn !!!

Adil ke tinggal di Malaysia ini ?

Wednesday, June 24, 2009

Tanam Susu & Teh

Semalam, Abg Din balik awal...sebab hanya hantar barang ke Glenmarie, S. Alam. Barang berupa mesin fotostat Ricoh.


Oleh itu, sempatlah Abg Din berkebun.....sebelum berkebun Abg Din pekena Teh Pandan dulu...dan Pisang Goreng. Tak payah kena air isotonik!!! Kuat......

Pisang dan pandan, semestinyalah Abg Din tanam sendiri. Nasib baik susu dan teh Abg Din tak boleh tanam. Kalau tidak, tentu Abg Din tanam.....jimat kos beb!


Selepas berkebun, Abg Din minum Teh O Pandan pula....hilang dahaga.

Kuat la pulok!!!! Hehehehee........

Pon ponnnnnn !!!!

Tuesday, June 23, 2009

Award pertama abg din...





Ini award pertama yang Abg Din dapat....

Terima kasih kepada yg memberi...Pak cik Dot......

Pencetus semangat utk Abg Din terus berblogging....


P/S : Lori , abg din parking tepi sekejap.....pon ponnnnn !!!!

Monday, June 22, 2009

Isi tempat kosong

Setiap orang dikurniakan masa sebanyak 24 jam sehari. Jadi Abg Din seboleh mungkin, masa yg diberi itu.... Abg Din gunakan untuk perkara yg berfaedah. Hujung minggu yang lalu, Abg Din mengisi masa dengan bertani.

Ini la hasil-hasilnya...lebih kurang sedikit.....

Membersihkan kawasan.....dan bakar-bakar skit.....sebab telah dilarang utk membuat pembakaran terbuka tp terpaksa juga....


Di hujung sana...kesan tanah dicangkul.


Kangkung....limau kasturi....halia....kacang panjang baru nak naik.....


Pokok daun kari....daun kesum....pegaga 'awet muda katanya'....pucuk manis 'sentiasa muka dipandang manis kot'


Pokok cili api, amboi podehh....! Kacang breandy P.Ramlee cakap... Kacang botol....Ulam raja...


Pokok payapa....Pisang emas....Pisang nangka....Nenas yenki, manis giler!!!


Ini pula...daun cekur....


Pokok Turun.....baru berbunga..... dan lain-lain pun ada juga....

Sentiasalah berusaha supaya sebelum cukup bulan tidak kering poket.

Friday, June 19, 2009

Ambil Ikhtibar....

Walaupun Abg Din hanya pemandu lori tapi Abg Din dapat juga kadang-kadang cerita dari pelanggan. Salah seorang staff perempuan pelanggan Abg Din ada mengadu cerita dia terkena....

Alkisah terjadi....bila dia bercerita dengan Abg Din yg dia ada berkenalan dengan seseorang dari UK melalui Laman Sembang. Orang UK tu tentulah lelaki ye....
Perkenalan telah berlangsung selama kurang lebih 3 bulan. Mengikut cerita, mereka sudah saling mencurahkan isi hati masing-masing...sehingga si lelaki ingin datang ke Malaysia utk menemuinya.

Lelaki ini kononnya adalah seorang duda beranak satu dan anaknya(seorang perempuan) turut bercakap melalui talian telefon, mungkin bertujuan utk meyakinkan mangsanya!

Selanjutnya...sebagai tanda perkenalan, si lelaki ini memberikan hadiah melalui pos. Untuk meyakinkan perempuan tersebut, si lelaki ini telah memberikan segala maklumat penghantaran barangan itu. Maka, perempuan tersebut boleh mengetahui 'track record' barangan tersebut di internet. Mulanya dari UK ke Dubai...Dubai ke Labuan, Sabah...setibanya di Labuan, Sabah terjadilah cerita....

Kononnya, hadiah tersebut telah ditahan oleh pihak Kastam kerana tidak mengikut undang-undang kastam. Jadi untuk menebusnya...si penerima perlu membayar sejumlah wang (hampir RM 4,000.00). Di pendekkan cerita, kerana kasih dan terpedaya....bayaran pun dibuat melalui internet bank-in kpd akaun individu bukannya pihak kastam. Setelah segala urusan pembayaran selesai, perempuan itu cuba menghubungi lelaki tersebut....tapi sayang seribu kali sayang, lelaki itu telah HILANG...!!!!

'Tipah tertipu bang'..... ini true story bukan dongeng....berhati-hatilah kpd penipu moden.

Beginilah kiranya......

Inilah hadiah umpanan.... 8,000.00 pounds, laptop & camera.
Pounds tu kalau di convert ke RM...berapa agaknya ?
Itu yg giler sekejap.... apa la sangat RM 4,000.00 ?

Hurmmm.....?


Thursday, June 18, 2009

Habis Lambat !

Salam......
Semalam, Abg Din menghantar barang ke Kepong & Rawang.
Barang perlu dihantar dengan kadar segera sebab pelanggan memerlukan bahan tersebut utk pemprosesan produk mereka.....almaklum, mereka sudah kehabisan bekalan.
Jika lewat tiba akan menyebabkan proses operasi mereka tergendala.


Inilah barangan yg dihantar....bahan asas membuat belon.

Kotak di belakang itu pula, perlu dihantar ke Rawang. Dan ianya juga amat diperlukan SEGERA.

Abg Din bersungguh-sungguh ingin memenuhi permintaan mereka.....
Tapi tiba-tiba...........
Jalanraya kita sekarang ini memang tidak boleh dijangka, ia akan sesak bila-bila masa.
Kekadang pelanggan menerima alasan itu....yang ada hanya ALASAN saja.
Jadi...tengok saja la sendiri......


Friday, June 12, 2009

Selamat Hari Raya !!!

Salam semua,

Abg Din kembali ke udara....eh silap!!! Kembali ke alam maya.

..................." SELAMAT HARI RAYA "...............
Sebenarnya Abg Din nak cerita yang harini Abg Din bawa kain ela utk digunakan pada hari raya akan datang. Barang di ambil dari Pelabuhan Klang....yang datangnya daripada negara China atau India. Kain tersebut di hantar ke gedung-gedung sekitar Jalan Masjid India, K. Lumpur.

Jadi, Abg Din antara orang yg terawal dapat melihat kain-kain yg akan dipakai oleh adik-adik, makcik-makcik semua pada hari raya nanti.

Sebenarnya kain-kain tu hodoh je........


Orang minyak sedang menyusun bundle kain ke dalam lori.
Abg Din tengok je!


Bomoh sedang mengira jumlah bundle....

Tapi....apabila dah dipotong dan dipamerkan...kain-kain tersebut menjadi tarikan......

Jadilah BAJU RAYA !!!! Abg Din dah raya dulu.....hahahahhaha.

Thursday, June 4, 2009

Bermulanya episod yg terhenti....

Salam,

Abg Din bersyukur...alhamdulillah.
Lori dah siap dan dapat meneruskan tugas seperti biasa sbg pemandu lori. Harini Abg Din memuatkan barang kelengkapan sekolah utk di hantar ke Bukit Beruntung.


Seperti juga Pak Polisi ni, dia pun menjalankan tugas juga. Menahan kereta yg melanggar undang-undang...potong kiri la katakan......


Dapatlah hadiah...yg tidak suka diterima. Itulah rutin bagi perjalanan kehidupan.

Sampai bertemu lagi.....