Lama Abg Din tak update. Harini Abg Din ada senang skit, so nak la kongsi cerita kisah lama. Pengalaman mengerikan....risiko pemandu spt Abg Din yang membawa amanah orang. Silap-silap boleh menjerat diri sendiri.
Kisah terjadi....pada bulan Januari 2009. Seperti biasa, Abg Din mendapat tempahan sewa lori. Barang di ambil dari Pelabuhan Klang ke Klang. Barang diistiharkan sebagai garam diimport dari India. Dan jika sesiapa melihatnya memang garam tetapi rupa-rupanya di dalam garam itu ada terkandung ketamin yang bernilai 3.5 juta - Sumber mengikut akhbar tempatan.
Itupun setelah berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa, baru Abg Din mengetahui ianya adalah dadah berbahaya. Dan Abg Din telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan mereka.
Kesimpulannya, risiko kami sebagai pemandu lori amat tinggi kerana barang yang kami bawa tidak boleh di buka atau di periksa kandungan kerana itu adalah amanah orang. Contoh gambar di bawah :
Adakah anda tahu apa isi kandungan di dalam tong biru itu ? Tulisan di luar menyatakan barang kimia....ia boleh jadi macam-macam.Bukan kuasa kita untuk memeriksa barang di dalam. Jika sealnya terbuka, nanti kita akan didakwa pecah amanah. Nanti dimintanya pula ganti rugi....siapa yang susah ? Abg Din juga......
Inilah nasibku....kerja tak mengira waktu...siang mahupun malam. Jauh ataupun dekat....
Nak sewa lori ? Moh la, message Abg Din !!!! Barang yang HALAL saja ye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
takuttnyer abg dinnn.... tak pasal2 kan... linn pernah tgok rampasan dadah terbesar yg kat teluk pulai tu... diorg bungkus dalam bungkusan garammmmmm huhuuhuhuhuhuhu
semoga abg din selamat2 yer... hati2
Itulah barang yang abg din hantar.... takutkan?
restoran zubaidah....simpang empat, sg udang.
mcm2 cara org nk buat jahat kan...semuanya kerana DUIT.. yg tukang angkut tak dak kena mengena pun terseret sama..
Itulah nasib kami. Asam garam kehidupan...
tapi kalau betul benda nie jadi, x
x patut polis tahan pemandu seperti
abang din, sebab pemandu x boleh buka
barang yang diamanahkan.
to pauhputik : itu kita cakap. gomen ckp lain... yg penting reman dlu...duduk la dlm, beberapa hari, lepas tu tengok la, ikut buku mereka....
Post a Comment