Salam semua....
Pada hari Sabtu yang lalu, Abgdin ada menguruskan barang pindah rumah di Desa Pandan, Kuala lumpur.
Di sinilah tempat Abgdin melakukan tugas...... ada yang tahu tempat ini?
Sedang Abgdin sibuk melakukan tugas, terpandanglah Abgdin seorang OKU....tidak dapat melihat dengan mata...
Terketik ketik bunyi tongkat dia mencari arah.... Dia cuba melintasi jalan ini.... Melihatkan keadaan itu, tergerak hati Abgdin untuk membantunya. Abgdin cuba memimpin Oku itu untuk melintasi longkang ini, takut takut termasuk pulak....
Nak tahu apa dia kata" tak apa, tak apa " dia cakap dia bole jalan sendiri... Abgdin tak puas hati dan bertanya pula" nak kemana" dia cakap " ke kedai" Abgdin terpinga pinga, " ke kedai? ujar Abgdin,sambil meninjau arah yang di tuju, sebab Abgdin kan tak biasa di tempat ini.Dia menjawab"ya,memang ini jalan nya" hairan sungguh, memang betul apa yang di kata dan dia macam tidak mahu Abgdin bantu dia. Terdetik didalam hati Abgdin mungkin bila kita interup pergerakannya, dia akan kehilangan jejak. Entahlah hanya dia sahaja yg tahu.
Ada persolan lagi, dia boleh tahu Abgdin tengah berurusan kerja mengunakan lori. Dia bole tanya
"ada dua lori ya?".
Sungguh menakjubkan...... Macamana lah orang begini bole uruskan diri berseorangan,bole pergi kedai, kenal longkang, kenal lori dll, sedangkan orang yang tidak buta kekadang tidak bole melakukannya. Tahukah ? sebenarnya lori ada pelbagai saiz dan pelbagai penggunaan. Bukan cukup sekadar tahu lori itu besar atau kecil.
ponnnn ponnnn... melihat tidak sahaja dengan mata. I learnt something....