Monday, November 30, 2009

Abg Din dan projek HAJI....

Salam AidilAdha....

Haji...haji...haji.....Abg Din ada juga turut menyertai...memeriahkan musim haji tahun ini. Menghantar barang-barang yg dikirim oleh jemaah haji yg berada di Mekah utk keluarga di Malaysia.

Barang tiba dari KLIA lewat malam.


Ianya hendaklah disusun mengikut route yg akan dituju....


Closed-up......barangan dari Mekah.


Di siang harinya, Abg Din memulakan penghantaran dagangan tersebut dan diterima oleh pihak wakil. Mesti mendapatkan tandatangan mereka tanda terima.....


Pesanan dari Abg Din : Jika ada nanti yg ingin mengirim barang dari luar negara, hendaklah dipastikan barangan yg dikirim...dibungkus dengan baik. Bukan hanya di luaran sahaja, di dalam juga perlu sebab Abg Din ada terjumpa bungkusan yg elok di luar tetapi rosak di dalam. Kalau tidak amanah, dapatlah Abg Din buah kurma free......hehehehehe.....


Salah seorang penerima bungkusan, berumur 79 tahun.... Masih lagi baik penglihatannya dan ingin menulis sendiri surat penerimaan tersebut. Walaupun Abg Din menawarkan diri utk menulis bg pihaknya. Kagum di situ...... sebab ada usaha untuk tidak menyusahkan orang.

Dengan projek ini, Abg Din terasa macam sudah berada di Mekah......

Pooonnn pooonnn !!!!!


Monday, November 23, 2009

Sesak....

Selepas kita bersesak-sesak di kecanduan judi, sekarang kita bersesak pula di jalan raya. Saban hari, kenderaan baru akan bertambah di jalan-jalan raya di negara kita. Menunjukkan kepesatan dan pembangunan negara ini.

Abg Din terpanggil untuk membuat entri ini.....disebabkan kerenah pemandu lori yg merungut tentang kesesakan yg sering berlaku. Mereka suka mengingkari arahan utk ke destinasi yg mengalami kesesakan. Tidakkah mereka terfikir menjadi seorang pemandu pasti akan menempuh kesesakan lalulintas.....itu adalah salah satu tugas yg perlu diharungi. Seperti kerja-kerja yg lain juga mempunyai kesulitan tersendiri yg harus diselesaikan.


Ini adalah keadaan biasa....


Alah bisa tegal biasa....tak yah la merungut.


Yg ini pun....menguji kesabaran.

Jadi, walau apa pun dugaan kerja harus diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan.
- Selamat Bertugas -
" Tak de kerja mintak kerja....dah dapat kerja, banyak cerita..... "
Ada yg menagih BONUS ???

Poonnnn ponnnnn !!!!!!

Wednesday, November 18, 2009

Kecanduan Judi

Bermacam cara jika ingin dapat wang tambahan.... tapi cara ini memang tidak sesuai langsung!

Abg Din betul-betul tak paham.... wang hasil judi ingin digunakan untuk apa? Segala 'benda' tidak boleh dibeli.....

Berpusu-pusu berjudi nasib....


Selepas itu, berborak kosong di kedai kopi....tidak mendatangkan faedah!


Bertilik nombor....untuk menrealisasikan angan-angan.


Bertambah 'kaki' menyambung angan-angan.....


" mari kita tengok....siapa yang kena.... "
'mapiau..mapiau...'
di malam hari keputusan menanti......
Entah berapa posen la pulak hendak dilabur... 20 sen ? entah la, abgdin pun tak tau....

Banyak benda lain lagi yg lebih berfaedah untuk mendapatkan wang tambahan.

Ponnn ponnnn !!!!!!

Friday, November 13, 2009

Grand Lavina....

Pengeluar kereta sentiasa mengeluarkan model terbaru mereka. Setiap keluaran mesti ada peminatnya kerana mereka mencipta kereta mengikut kehendak pengguna. Semestinya menjadi idaman kepada yang mampu atau kepada yg ala-ala 'kureng' mampu...... baru beberapa bulan digunakan, telah ditarik oleh pihak bank.


Sampai mimpi-mimpi.....


Beginilah keadaaannya..... Grand Lavina untuk 4 penumpang!


Yang penting....gembira....


Yang ini 5 orang pula... apa nak buat? Setakat ini kemampuan yg ada...

Hidup harus diteruskan.....
Ponnn ponnn !!!!


Monday, November 9, 2009

Kak Din Lori ?

Rupanya Abg Din tidak keseorangan memandu lori.....

Bukan sahaja orang lelaki membuat tugas berat seperti memandu lori tetapi kaum wanita juga menyahut cabaran ini.

Abg Din paparkan betapa gigihnya pemandu lori wanita ini melakukan tugasnya....


Tidak ketinggalan, pemandu bas sekolah ini juga....


Wanita ini membuat kerja lebih berat lagi, menyusun barang ke dalam kontena....

Masing-masing menjalankan tugas untuk kemakmuran negara.

Selamat menjalankan tugas.... NO Monday Blues.... hehehhe...

Ponnn ponnnn !!!!!

Thursday, November 5, 2009

Hi! I'm DIN....

Hari ini, Abg Din terasa agak letih sedikit....teringin nak menyejuk-nyejukkan diri...berehat-rehat seketika. Almaklum la, selepas budget diistiharkan oleh kerajaan...tiba-tiba dagangan yg hendak diangkut agak berkurangan. Tidak tahulah apa sebabnya.....samaada bersangkut paut dengan budget ataupun tidak....


Selamat Datang Abg Din ucapkan kepada Abg Din....hehehe...


Air kopi dan kek buah kegemaran Abg Din


Pelbagai kopi ada di sini...


Selain kopi....air tidak berkopi pun ada...berbotol-botol....cantik pembungkusannya.


Selain itu, aneka roti tersedia utk pilihan......


Tapi.... Mamat ini hanya makan sayur aje! Pastinya dia bukan orang Malaysia....


Yang ini confirm orang Malaysia!
Teringat Abg Din sewaktu berjalan-jalan di UK dulu....
Order kopi panas tapi sekejapan itu ia sejuk!
Nak buat cam ne? Layan aje la.....

Jom minum kopi secawan.....
Ponnn ponnnn !!!!!


Monday, November 2, 2009

Tuan Sadique Sigaraga....

Selamat datang November....

Minggu lepas, Abg Din ada menguruskan pemindahan barang-barang 'personal effect' milik seorang kawan blogger dari Kuching, Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Barangan tersebut merupakan barangan peribadi dan sebuah kereta Proton Saga.

Dokumen seperti B/L "Bill of Lading" dan surat kebenaran dari bank diperlukan....


List kondisi kereta.....


Geran asal kereta.....


"Packing List & Custorm Form" diperlukan juga.....


Barangan peribadi milik blogger itu....


Penyerahan kereta tersebut diterima oleh wakilnya.....

Pengalaman yg lalu membolehkan Abg Din menguruskan dagangan import & eksport.
Sesiapa yg berhajat mendapatkan khidmat tersebut, boleh la bagitau Abg Din.
Dijamin BERES......

Poonnn ponnnn....!!!!!!!

Sunday, November 1, 2009

Terbaru $$$ bersama Abg Din.....



Peluang tambah duit poket....rajin klik klik ?

" apa yg penting....kerjasama... "