Tuesday, July 21, 2009

Makanan Ruji...

Di pagi hari, Abg Din jarang bersarapan. Tak tahu kenapa....memang tak de selera nak ambil sarapan pagi. Biasanya pagi, Abg Din ke pelabuhan untuk mengisi barang...jadi selalunya sebelum tengahari Abg Din akan keluar dari kawasan pelabuhan. Di kala itu la, perut terasa ingin diisi....untuk kemudahan Abg Din akan singgah di gerai menjual air kelapa. Dengan sebungkus air kelapa ini yang berharga RM 2.50 memadai untuk memenuhi perut Abg Din hingga ke pukul 3 ptg atau lebih jika ada kerja yang Abg Din perlu uruskan. Makan tengahari bagi Abg Din adalah perkara ke-2.
Air sebagai minuman....Isi sebagai makanan.....

Ini adalah gerai di tepi jalan utama. Ia dimiliki oleh orang dari negara luar. Abg Din pernah bertanya berapa biji kelapa terjual pada setiap hari. Dia menjawab, 'tidak kurang dari 200 biji'. Jadi, cubalah dikira berapa pendapatannya..... Kalau dulu dia seorang, sekarang sudah mempunyai pembantu seramai 3 orang....

Mengapa ia begitu maju? Selain daripada ia berada di tempat yg strategik...tauke gerai itu pandai memilih buah kelapa yang muda...dan rasanya mengikut citarasa pelanggan (tak ada kelapa muda yg ala-ala tua).

" Ilmu memilih buah kelapa muda menjadi senjata utama " - tauke gerai.

Okey....Abg Din nak teruskan perjalanan....ponnn ponnnn!!!!


Sunday, July 19, 2009

Thanks GOD...its Friday!

Salam....entri ini agak lewat dipublish, tapi tak mengapa.... Abgdin suka nak kongsi cerita....
Hari jumaat seperti biasa hari menunaikan solat Jumaat..
Adalah baik jika berada di saf hadapan....
Semasa imam membacakan khutbah, hendaklah diam, tidak boleh berkata-kata. Nanti 'fault' tujuan supaya kita dapat manfaat dari khutbah tersebut....
Dan waktu itulah peti derma diedarkan... tak menganggu konsetrasi ke? Itu bukan persoalannya. Bagi pendapat Abgdin adalah baik jika kita masukan sedikit duit derma ke dalam peti tersebut, menonton wayang kita bole keluarkan duit, tengok konsert pun kena duit, masuk tandas pun kena juga. Duit yg kita hulurkan boleh la cover duit kipas, carpet, sejadah, air dan jika ada lebihan duit Abgdin percaya pihak masjid mesti gunakan pada perkara yg elok2. Betul ke apa yg Abgdin cakap ne.... kalau salah tolong betulkan....
Selesai solat, pulang utk tunaikan tugas2 lain...Amin..

Have a nice weekend.....ponnn ponnnn!!!!!

Thursday, July 16, 2009

Pearl White Mushroom

Abgdin in da house.......
 
Selain pandu lori dan bercucuk tanam Abgdin pun ada mengusahakan cendawan sikit-sikit. Bole la lepas-lepas duit ikan.... Kena usaha macam-macam untuk menampung kehidupan...Maklumlah sekolah tak pandai... Abgdin tak bole duduk diam ataupun Abgdin tak suka sifat cukuplah apa yang ada..... I DON'T  KNOW!!!! yang penting Abgdin minat dan puas buat-buat macam ni. Kalau tak da apa aral Abgdin nak buat mee kuning, nak cuba jeee.....kalau jadi nanti, Abgdin akan kongsi cerita.
Ini rak untuk letak bongkah cendawan. Buat sendiri je...guna kayu terbuang. Kayu yg berwarna coklat gelap tu...adalah batang kayu katil yg telah dibuang oleh jiran.... kayu yg lain pula adalah kayu buang-buangan ketika Abgdin buat collection mengambil barang di pelabuhan. Ada talent jadi tukang kayu tak...? Hihiihihii.....

 
Bongkah cendawan yg dibeli dari pengusaha bongkah (kilang kecil di hujung kampung).

Bongkah disusun mnegikut jadual yg telah diaturkan. Hanya menggunakan penutup kertas suratkhabar lama......ada sebab musabab mengapa kertas itu digunakan.

Bongkah di sebelah kiri, cendawan sedang bercambah. Bongkah di sebelah kanan pula...sedang menunggu masa utk bercambah (yg berpenutup merah).

Closed up sikit...cendawan baru bercambah......

Cendawan sekolah rendah......

Cendawan sekolah menengah......

Cukup masa untuk dituai......

Inilah hasilnya....dibungkus di dalam plastik dan diedarkan ke kedai-kedai runcit. Kebanyakkannya kedai runcit orang Aceh yg tumbuh bak cendawan sekarang ni....

Okey...itu saja cerita yg dikongsi utk hari ini....sampai jumpa lagi....

Monday, July 13, 2009

Kereta baruku...org punya !

Salam semua...lama rasanya Abg Din tak update...buat seketika Abg Din hanya jadi silent reader...hihihii. Terima kasih kepada pengunjung baru blog ini yg sudi menjengah dan kepada semua followers, terima kasih juga atas sokongan kalian....  
WELCOME to Abang Din Lorry's blog....!!!

Okey....Inilah kereta baru Abg Din.....hihihihi berangan je..... sebenarnya orang punya! Biasanya kereta import (kereta mewah) di pelabuhan akan diletakkan di bawah pokok. Habis kena 'najis' burung gagak....maklumlah di pelabuhan sana banyak burung gagak. Kalau tuan punya kereta dapat tahu...huhuhuhu....mesti menangis!
Deretan kereta yang hanya berteduhkan pokok.....

Biasanya kereta diletakkan di sini sementara menunggu kelulusan AP (Approval Permit) oleh pihak yang berwajib.
Jika AP telah diluluskan, kenderaan boleh dikeluarkan beserta dokumen2 yang lain.

Seandainya kereta-kereta ini tidak mendapat kelulusan AP, kereta akan disimpan di sini sehingga ke suatu tempoh yang tertentu. Kadang-kadang kereta ini menjadi buruk dengan sendirinya....

Jangan terpedaya dengan sebarang tawaran dari pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menjual kereta dengan perkataan 'lelongan kastam'. Kerana pihak kastam tidak begitu  mudah membuat lelongan...hendaklah dipastikan kesahihan lelongan tersebut.

Jika semuanya mengikut syarat, kereta boleh dibawa keluar dari kawasan pelabuhan. Selain menggunakan lori, ianya juga boleh dipandu.........

Ponnn Ponnnn!!!!  ' incik...kereta baru incik sudah sampai.... '

P/S: Moral of the story....belajarlah rajin-rajin, nanti boleh dapat kereta mewah ini. Jangan jadi macam Abg Din, dapat berangan je.........

Sunday, July 12, 2009

Award dari Cik Ekyn

Salam....Selamat Bersantai di hujung minggu buat semua followers Abg Din....dan juga kepada semua pengunjung blog ini.

Abg Din dapat award lagi.....Award dari cik mek molek yg cute EKYN 
Ribuan Terima kasih kepada Ekyn kerana sudi menghadiahkan kpd AbgDin AWARD ini......

Ini la awardnya.....maka bertambahlah koleksi award Abgdin.....

Ponnn ponnnn !!!!!!!!!!

Thursday, July 9, 2009

Lampu Kuning....

Bulan REJAB datang lagi....amalan yang terbaik untuk berpuasa. Syaaban pun sama...jadi, sesiapa yang masih berhutang puasa...sila la langsaikan hutang itu sebelum Ramadhan menjelma.

Semalam Abg Din menghadiri kenduri Yasin/Tahlil....amalan biasa bagi kita menjelangnya Ramadhan. Menghadiahkan & mendoakan kepada mereka yang telah tiada....
Pembacaan surah Yasin dimulakan.....
Bersama bersatu...
Bertahlil.....
Berdoa.....
Semoga semua diberkati....dunia dan akhirat. 
AMIN.

Sunday, July 5, 2009

lane 3 haram....

Kami sebagai pemandu kenderaan berat hanya dibenarkan memandu di lane pertama atau kedua sahaja. Lane kedua untuk memotong. Kalau nampak ada yg kat lane tiga, kira fault la tu....keras kepala!!! Jumpa bapak tiri, dah tentu kena saman punya.....

Beginilah kaedahnya.....
Amati di hujung sana bas dan lori berada di lane satu serta dua...

Berjalan lancar.....
 Takda sapa nak guna lane kiri. Kalau pandu lane tengah kira selamatlah ye!
Habis bagi kami yang nak memotong macamana?
Kiri yang gersang......
Ini lagi satu, dahla bayar roadtax rm2! tak paham la!

Ponnn..Ponnnnnn!!!!!

Friday, July 3, 2009

CUAI.....

Cuai.. macamana nak kita atasi kelakuan ini....?

Apa agaknya berlaku pada lori ini? Barang yg dibawa telah berganjak ke kiri lori...Mengapa berlaku?
Jika terbalik la lori ni, apa akan jadi?

Ini satu lagi.... bole pulak kehabisan minyak.(bukan curi minyak tau, penat je abgdin beri pertolongan cemas) Patut ke ini berlaku ?

Kalau di sekolah, pejabat atau di mana-mana saja....adakah kecuaian sering berlaku ? Nobody is perfect...bolehkah kita berselindung di sebalik 'statement' itu ?

Ponnn.....ponnnn!!!!!!!!

Wednesday, July 1, 2009

Cukup bulan...belum sampai...

Harini 1hb. Ramai orang dah dapat GAJI. Tapi....sebagai pemandu lori, kami tidak dapat gaji pada setiap hujung bulan. Gaji kami akan diterima pada minggu pertama awal bulan. Gaji kami berdasarkan komisen....jadi ia akan dikira selepas cukup bulan.....
Jadi kena korek la tabung......

Kalau guna duit yg ini....KAYO PAKCIK!!!!