Wednesday, May 27, 2009

Dikalungi bunga........

Begitu lama lori abg din rosak sehinggakan ditumbuhi pokok. Begitulah lama abg din tak makan la ye....tapi selain daripada ini, abg din ada buat kerja-kerja seperti pembungkusan, pemindahan, "stuffing" kontena (memuatkan brg dlm kontena mengikut spesifikasi yg dikehendaki oleh pelanggan). Jadi masih boleh mendapat rezeki, alhamdulillah....

Barang semasa berada di dalam gudang.


Ini adalah kipas helikopter yang akan di eksport dari Port Klg ke Sabah.

P/S: Terima kasih kpd semua follower abg din yg sudi menjengah....
Ada masa jgn lupa klik iklan jugee....ada la abg din RM skit.....

Saturday, May 16, 2009

Lori Rosak....

Maaf semua,

Rutin harian Abg Din lewat hari yang lalu amat sibuk. Ditambah lagi dengan lori abg din yang rosak...bila dah rosak, abg din jadi pening. Macam-macam hal yang di fikirkan...

Sekian.


Wednesday, May 6, 2009

Risiko

Lama Abg Din tak update. Harini Abg Din ada senang skit, so nak la kongsi cerita kisah lama. Pengalaman mengerikan....risiko pemandu spt Abg Din yang membawa amanah orang. Silap-silap boleh menjerat diri sendiri.

Kisah terjadi....pada bulan Januari 2009. Seperti biasa, Abg Din mendapat tempahan sewa lori. Barang di ambil dari Pelabuhan Klang ke Klang. Barang diistiharkan sebagai garam diimport dari India. Dan jika sesiapa melihatnya memang garam tetapi rupa-rupanya di dalam garam itu ada terkandung ketamin yang bernilai 3.5 juta - Sumber mengikut akhbar tempatan.

Itupun setelah berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa, baru Abg Din mengetahui ianya adalah dadah berbahaya. Dan Abg Din telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan mereka.

Kesimpulannya, risiko kami sebagai pemandu lori amat tinggi kerana barang yang kami bawa tidak boleh di buka atau di periksa kandungan kerana itu adalah amanah orang. Contoh gambar di bawah :

Adakah anda tahu apa isi kandungan di dalam tong biru itu ? Tulisan di luar menyatakan barang kimia....ia boleh jadi macam-macam.Bukan kuasa kita untuk memeriksa barang di dalam. Jika sealnya terbuka, nanti kita akan didakwa pecah amanah. Nanti dimintanya pula ganti rugi....siapa yang susah ? Abg Din juga......


Inilah nasibku....kerja tak mengira waktu...siang mahupun malam. Jauh ataupun dekat....

Nak sewa lori ? Moh la, message Abg Din !!!! Barang yang HALAL saja ye....

Friday, May 1, 2009

AbgDin CUTI !

Hooreeyyy...

Setelah 1 minggu di lalui dengan begitu GENTING, terkejar ke sana-sini...sibuklah katanya!

So, hari ini Abg Din CUTI !

Kepada rakan kerja yg lain....SELAMAT HARI PEKERJA.